Rabu, 21 November 2012

Am I lonely or selfish girlfriend?

Dalam lewat malam, dia putarkan lagu-lagu kegemarannya sambil mencuci pinggan. Sambil menjemur pakaian. Ketika dia mengemas dan merapi kamar. Dia mahu tenggelam dalam bunyi-bunyi. Kalau boleh, jangan ada sekali bunyi luar yang masuk. Biar dia hanyut sambil anggota badan deras bergerak.
               
  Setiap pagi dia akan bangun dan cepat sumbat muzik ke lubang telinga. Regangan ringan sebelum sarapan, nonton sedikit berita. Dan kembali ke rutin harian. Kalau dimasa terluang akan dia belek-belek buku yang tersorok indah di rak. Tak kisah la kalau buku itu buku Geografi Fizikal atau Pengajian Am untuk STPM. Baginya mereka harus dicabul hari-hari walau Cuma dibelek-belek dan dibaca rakus isi dalamannya.
             
   “Kau sepi ?”

Teman perempuannya itu melihat dia tajam. Air muka kelihatan seperti bersimpati. Simpati pada keadaannya.
                
“ Haruskah aku ?”

 Dia cuma ketawa sambil menghirup tea. Gincu merah yang pekat menghiasi bibir terikut sama melekat dicangkir cawan itu. Kawan lama datang menjengah, berbual kosong. Berbual perempuan.
               
  “Dia seperti tiada buatmu”

Ujar temannya sekali lagi. Keningnya berkerut. Adakah ini suatu sungguh-sungguh situasi bersimpati atau hasutan perlahan yang menusuk meracuni otak? Lihat, dua perspektif berbeda.

Dia cuma senyum. Kalau dijelas berjuta sekalipun tak semua akan faham. Tak semua akan setuju. Malah akan ada yang bilang dia itu terlalu bodoh. Bila kita guna kata ganti nama yang kasar, mereka kehairan,namun bagi dia ianya wajar. Jika diguna segala kata manis, apa lagi yang mahu ditaruh bila sudah hidup bersama? Kalau selalu ketemu, apa lagi manis bila berdua selalu nanti ?
              
  “Dia bukanlah yang suka mengganggu dan diganggu bila berdepan dengan soal kerja. Begitu juga aku.”
              
  “Tapi kau...”  Belum sempat lagi dihabisnya, Sara cepat memotong.
               
  “Who am I? A selfish girlfriend?”

Isnin, 8 Oktober 2012

Dia tahu dia berhak


Dia tercipta dari setitis air pekat yang mengalir di celah-celah nafsu ghairah kedua orang tuanya. Ibu dan ayahnya. Dia tercipta atas dasar satu perasaan buta. Perasaan membabi-buta. Perasaan yang membuta akal. Disebalik alur kenikmatan tiada limit , setitis puratanya berjuta ekor berpusu mengejar sarang indah itu. tolak menolak , kejar mengejar.

Dia percaya dia berhak.

Sekian dia terbongkak dalam kantung ibunya. Hatinya berbunga. Hatinya riang. Dengan akal yang masih belum waras berfungsi dia sudah reti mengukir senyum. sudah reti berbunga riang. Sembilan bulan , puluhan minggu , ratusan hari , jutaan minit , dia masih percaya dia berhak.

Dia belum cukup sadar untuk percaya bahwa ibunya diluar sekeras upaya menidak kata kantung yang sudah memboyot itu. tidak pula berbangga seperti mana dia berbangga dengan ibunya.dia berbangga bisa melebar kaki dalam kantung , dia berbangga bisa bercukup sifat dalam kantung itu.

dia tahu dia berhak.

saat tiba untuk dia berlari ke bumi , bermain layang-layang disekitar rumput hijau basah. melompat menggapai awan-awan biru muda , dia tersangkut. tersangkut dengan kesilapan ibu dan ayahnya. tersangkut dengan kemaluan yang bakal diterima kedua orang tuanya. tersangkut dengan statusnya.

air mata dari kelopak halus itu mengalir. dengan jeritan paling deras , dia merayu jangan di tinggal tanpa nyawa. dia merayu untuk satu dakapan suam. dia merayu untuk satu ciuman hangat penuh kasih sayang. dia merayu dalam esak-esak manja. dia merayu dalam senyap.

dia tahu , dia berhak. atas segala tuhan tulis untuknya.


Date: 1 November 2010

Gadis berbaju merah


Seorang gadis, berbaju merah. Ada sedikit renda halus menghiasi lingkaran pehanya. Berstatus jarang-jarang. Mencari pelanggan dengan wajah yang garang. Tangannya rakus mencapai lengan-lengan sesiapa sahaja yang lalu didepannya. Dia tidak mempedulikan setiap mata yang memandang.

Mukanya sedikit resah ditambah pula dengan peluh yang menitis membasahi kolar bajunya. Baju merahnya. Semakin lama , semakin wajahnya bertambah pucat. Semakin bertambah gelisah. Dia mundar mandir menapak dengan kasut tumit tinggi bertapak tajam yang juga warnanya merah.

"Hai bang , mau di teman ? "

Gadis itu bersuara.Lelaki berbaju hijau tua itu menggeleng kepala sambil menunjuk muka jijik. Gadis itu cuma tersenyum. Dia tahu , lelaki berbaju hijau tadi mencemuh dirinya. Dia kesat peluh di dahi. Matanya liar memerhati lorong-lorong gelap. Mencari mangsa seterusnya.

Selang minit kemudian, datang pula seorang lelaki berkot hitam pekat. Disisi tepinya menunjukkan bahawa dia itu salah seorang yang berkhidmat untuk kerajaan. Bermisai tebal dalam lewat empat puluhan.

"Cari siapa ? "

Gadis berbaju merah mendekati lelaki empat puluhan yang berkot hitam pekat. Dia menguis lembut cuping telinga lelaki itu. Lelaki empat puluhan berkot hitam pekat itu cuma menyeringai gatal. Ternampak keghairahan dimatanya. Berjaya. Gadis berbaju merah sudah berjaya.

"Kamu."

Lelaki itu terus menghimpit tubuh kecil gadis berbaju merah. Disaat mulut lelaki empat puluhan itu menjamah batang lehernya , gadis berbaju merah cuma senyap. Matanya pejam. Semakin liar lelaki empat puluhan itu menerokai setiap inci tubuhnya , meratahnya dengan ganas , semakin rapat matanya dipejam.

Mengharapkan segala yang berlaku malam ini cuma sekadar mimpi. Seperti malam-malam sebelum ini. Seperti malam-malam yang ditempuhnya tanpa rela. Segala persetubuhan itu cuma untuk memenuhi satu keperluan. Dalam kerakusan malam , dia cuma mampu menangis kecil.

"Sabar yea sayang , nanti ibu pulang bawa susu."

Photo #3


Potrait with Concept for Elective Photo class.

Photo #2


Still Life for Elective Photo class. 
2012

Rabu, 19 September 2012

Photo 1#

During madness with the compact camera, where the day I use 
Photoscape to edit the picture. So old sweet years.

Four years ago,Sungai Petani , Kedah.