Isnin, 8 Oktober 2012

Gadis berbaju merah


Seorang gadis, berbaju merah. Ada sedikit renda halus menghiasi lingkaran pehanya. Berstatus jarang-jarang. Mencari pelanggan dengan wajah yang garang. Tangannya rakus mencapai lengan-lengan sesiapa sahaja yang lalu didepannya. Dia tidak mempedulikan setiap mata yang memandang.

Mukanya sedikit resah ditambah pula dengan peluh yang menitis membasahi kolar bajunya. Baju merahnya. Semakin lama , semakin wajahnya bertambah pucat. Semakin bertambah gelisah. Dia mundar mandir menapak dengan kasut tumit tinggi bertapak tajam yang juga warnanya merah.

"Hai bang , mau di teman ? "

Gadis itu bersuara.Lelaki berbaju hijau tua itu menggeleng kepala sambil menunjuk muka jijik. Gadis itu cuma tersenyum. Dia tahu , lelaki berbaju hijau tadi mencemuh dirinya. Dia kesat peluh di dahi. Matanya liar memerhati lorong-lorong gelap. Mencari mangsa seterusnya.

Selang minit kemudian, datang pula seorang lelaki berkot hitam pekat. Disisi tepinya menunjukkan bahawa dia itu salah seorang yang berkhidmat untuk kerajaan. Bermisai tebal dalam lewat empat puluhan.

"Cari siapa ? "

Gadis berbaju merah mendekati lelaki empat puluhan yang berkot hitam pekat. Dia menguis lembut cuping telinga lelaki itu. Lelaki empat puluhan berkot hitam pekat itu cuma menyeringai gatal. Ternampak keghairahan dimatanya. Berjaya. Gadis berbaju merah sudah berjaya.

"Kamu."

Lelaki itu terus menghimpit tubuh kecil gadis berbaju merah. Disaat mulut lelaki empat puluhan itu menjamah batang lehernya , gadis berbaju merah cuma senyap. Matanya pejam. Semakin liar lelaki empat puluhan itu menerokai setiap inci tubuhnya , meratahnya dengan ganas , semakin rapat matanya dipejam.

Mengharapkan segala yang berlaku malam ini cuma sekadar mimpi. Seperti malam-malam sebelum ini. Seperti malam-malam yang ditempuhnya tanpa rela. Segala persetubuhan itu cuma untuk memenuhi satu keperluan. Dalam kerakusan malam , dia cuma mampu menangis kecil.

"Sabar yea sayang , nanti ibu pulang bawa susu."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan