Dalam
lewat malam, dia putarkan lagu-lagu kegemarannya sambil mencuci pinggan. Sambil
menjemur pakaian. Ketika dia mengemas dan merapi kamar. Dia mahu tenggelam
dalam bunyi-bunyi. Kalau boleh, jangan ada sekali bunyi luar yang masuk. Biar
dia hanyut sambil anggota badan deras bergerak.
Setiap
pagi dia akan bangun dan cepat sumbat muzik ke lubang telinga. Regangan ringan
sebelum sarapan, nonton sedikit berita. Dan kembali ke rutin harian. Kalau
dimasa terluang akan dia belek-belek buku yang tersorok indah di rak. Tak kisah
la kalau buku itu buku Geografi Fizikal atau Pengajian Am untuk STPM. Baginya
mereka harus dicabul hari-hari walau Cuma dibelek-belek dan dibaca rakus isi
dalamannya.
“Kau
sepi ?”
Teman perempuannya itu melihat dia tajam. Air muka kelihatan seperti bersimpati. Simpati pada keadaannya.
“
Haruskah aku ?”
Dia cuma ketawa
sambil menghirup tea. Gincu merah yang pekat menghiasi bibir terikut sama
melekat dicangkir cawan itu. Kawan lama datang menjengah, berbual kosong.
Berbual perempuan.
“Dia
seperti tiada buatmu”
Ujar temannya sekali lagi. Keningnya berkerut. Adakah ini suatu sungguh-sungguh situasi bersimpati atau hasutan perlahan yang menusuk meracuni otak? Lihat, dua perspektif berbeda.
Dia cuma senyum. Kalau dijelas berjuta sekalipun tak semua
akan faham. Tak semua akan setuju. Malah akan ada yang bilang dia itu terlalu
bodoh. Bila kita guna kata ganti nama yang kasar, mereka kehairan,namun bagi dia
ianya wajar. Jika diguna segala kata manis, apa lagi yang mahu ditaruh bila
sudah hidup bersama? Kalau selalu ketemu, apa lagi manis bila berdua selalu
nanti ?
“Dia
bukanlah yang suka mengganggu dan diganggu bila berdepan dengan soal kerja.
Begitu juga aku.”
“Tapi
kau...” Belum sempat lagi dihabisnya,
Sara cepat memotong.
“Who am
I? A selfish girlfriend?”