Rabu, 21 November 2012

Am I lonely or selfish girlfriend?

Dalam lewat malam, dia putarkan lagu-lagu kegemarannya sambil mencuci pinggan. Sambil menjemur pakaian. Ketika dia mengemas dan merapi kamar. Dia mahu tenggelam dalam bunyi-bunyi. Kalau boleh, jangan ada sekali bunyi luar yang masuk. Biar dia hanyut sambil anggota badan deras bergerak.
               
  Setiap pagi dia akan bangun dan cepat sumbat muzik ke lubang telinga. Regangan ringan sebelum sarapan, nonton sedikit berita. Dan kembali ke rutin harian. Kalau dimasa terluang akan dia belek-belek buku yang tersorok indah di rak. Tak kisah la kalau buku itu buku Geografi Fizikal atau Pengajian Am untuk STPM. Baginya mereka harus dicabul hari-hari walau Cuma dibelek-belek dan dibaca rakus isi dalamannya.
             
   “Kau sepi ?”

Teman perempuannya itu melihat dia tajam. Air muka kelihatan seperti bersimpati. Simpati pada keadaannya.
                
“ Haruskah aku ?”

 Dia cuma ketawa sambil menghirup tea. Gincu merah yang pekat menghiasi bibir terikut sama melekat dicangkir cawan itu. Kawan lama datang menjengah, berbual kosong. Berbual perempuan.
               
  “Dia seperti tiada buatmu”

Ujar temannya sekali lagi. Keningnya berkerut. Adakah ini suatu sungguh-sungguh situasi bersimpati atau hasutan perlahan yang menusuk meracuni otak? Lihat, dua perspektif berbeda.

Dia cuma senyum. Kalau dijelas berjuta sekalipun tak semua akan faham. Tak semua akan setuju. Malah akan ada yang bilang dia itu terlalu bodoh. Bila kita guna kata ganti nama yang kasar, mereka kehairan,namun bagi dia ianya wajar. Jika diguna segala kata manis, apa lagi yang mahu ditaruh bila sudah hidup bersama? Kalau selalu ketemu, apa lagi manis bila berdua selalu nanti ?
              
  “Dia bukanlah yang suka mengganggu dan diganggu bila berdepan dengan soal kerja. Begitu juga aku.”
              
  “Tapi kau...”  Belum sempat lagi dihabisnya, Sara cepat memotong.
               
  “Who am I? A selfish girlfriend?”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan